Berjaya Corporation Bhd

NEWS COVERAGE
Kerugian bersih Berjaya Corp meningkat empat kali ganda akibat boikot Starbucks
Date: 28 February 2024
Publication: Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Berjaya Corp Bhd meningkat lebih empat kali ganda pada September-Disember tahun lepas, berbanding suku yang sama pada 2022, berikutan perniagaan runcit makanannya terjejas teruk akibat pemboikotan kafe Starbucks di tengah-tengah konflik Israel-Palestin yang berterusan sehingga kini.