Berjaya Corporation Berhad - Dasar Privasi
English
Malay
 
Kami menitikberatkan soal privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan dasar kami dalam mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda. Pemprosesan maklumat peribadi anda juga tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa. Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami dari masa ke masa, atau yang telah anda berikan kepada kami sebelum ini akan digunakan dan diproses, dan terus digunakan dan diproses oleh kami, menurut Dasar Privasi ini (seperti yang dipinda, diubah atau disemak semula dari masa ke masa). Kami boleh meminda, mengubah atau menyemak semula Dasar Privasi ini dari masa ke masa. Jika kami menyemak semula Dasar Privasi ini, kami akan memaparkan perubahan di laman web kami.

Dalam Dasar Privasi ini,

"Berjaya Corporation" bermaksud Berjaya Corporation Berhad (No. Syarikat 554790-X).

"Maklumat Peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berada dalam pegangan atau kawalan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda (atau mana-mana individu lain) sehingga anda (atau individu tersebut) layak atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau maklumat lain dalam pegangan kami.

"Produk dan Perkhidmatan" bermaksud sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Berjaya Corporation.

"Kami" bermaksud Berjaya Corporation.

"Berjaya Group" bermaksud Berjaya Corporation Berhad dan termasuk anak syarikat, syarikat berkaitan dan bersekutu.

1. Maklumat Peribadi

1.1 Apa yang kami kumpulkan daripada anda

Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
  • butiran peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, usia, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan butiran lain.
  • maklumat berhubung dengan Produk dan Perkhidmatan yang anda beli dari kami atau telah mendaftar dengan kami untuk pembelian, perkhidmatan, maklumat, kemas kini dan pertanyaan, dll.
  • minat dan pilihan peribadi seperti bahasa, produk atau kandungan yang diminati, pilihan komunikasi dan pemasaran.
  • maklumat lain yang sedang, atau telah, atau mungkin kami kumpul, atau yang anda berikan kepada kami dari masa ke masa, berhubung dengan sebarang perkhidmatan, urus niaga, peraduan, tinjau selidik, promosi, soal selidik, borang atau komunikasi bersama kami.
  • gambar atau imej lain anda, menerusi pengawasan video yang dipasang di bahagian premis tertentu sebagai sebahagian daripada infrastruktur keselamatan kami.
  • nama pengguna, kata laluan dan pengenalan lain apabila anda mendaftar atau log masuk ke laman web kami.
  • apabila anda mengunjungi laman web kami, maklumat tertentu akan dikumpulkan secara automatik tentang komputer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web dan maklumat lain tentang kunjungan anda.

Maklumat tertentu yang kami minta adalah wajib dan anda perlu berikan dan bersetuju terhadap pemprosesan maklumat wajib sedemikian oleh kami, jika tidak kami tidak akan dapat memberi anda Produk atau Perkhidmatan yang berkaitan atau maklumat dan perkembangan terkini yang berkenaan dengan Produk.

1.2 Cara Maklumat Peribadi anda dikumpulkan
  • apabila anda mendaftar untuk membeli Produk dan Perkhidmatan atau mendaftar minat anda dengan kami untuk membeli atau mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan perkembangan terkini Produk dan Perkhidmatan.
  • apabila anda mengunjungi laman web atau laman rangkaian sosial kami.
  • apabila anda memasuki peraduan atau menjawab tinjau selidik, promosi atau soal selidik.
  • daripada sumber pihak ketiga seperti agensi penarafan kredit, agensi pencegahan penipuan dan sumber maklumat yang boleh didapati secara umum.
  • dalam sebarang urus niaga atau pertanyaan atau komunikasi yang dibuat dengan atau kepada kami.
  • apabila anda mengisi borang tuntutan hadiah.

1.3 Tujuan mengumpulkan dan memproses Maklumat Peribadi anda
  • untuk berhubung dengan anda.
  • untuk memproses permohonan, pertanyaan atau permintaan anda.
  • untuk menyediakan Produk dan Perkhidmatan kepada anda.
  • untuk tujuan pentadbiran.
  • untuk menjawab pertanyaan anda.
  • untuk menjalankan penyelidikan dan analisis statistik.
  • untuk mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa kawal selia dan agensi penguatkuasaan.
  • sebarang tujuan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.
  • untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan lain yang mungkin kami atau rakan niaga kami tawarkan dari masa ke masa.
  • untuk tujuan pemasaran langsung.
  • untuk memberi anda maklumat dan perkembangan terkini tentang Produk dan Perkhidmatan.

1.4 Data Peribadi Sensitif
  • Kami tidak mengumpulkan Data Peribadi Sensitif daripada anda melainkan ditetapkan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. Jika anda tidak mahu kami mengumpulkan Data Peribadi Sensitif anda, jangan kemukakan data tersebut kepada kami.
  • "Data Peribadi Sensitif" bermaksud sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat berkaitan keadaan fizikal atau mental atau kesihatan, pandangan politik, kepercayaan agama dan pegangan yang serupa, perlakuan atau tuduhan melakukan kesalahan atau sebarang data peribadi yang dinyatakan di bawah undang-undang sebagai data peribadi sensitif.
  • Jika anda membuat keputusan untuk mengemukakan Data Peribadi Sensitif kepada kami, data tersebut akan dianggap sedemikian, dan akan kami kendalikan sebagai Maklumat Peribadi, yang tertakluk kepada terma dan skop Dasar Privasi ini, termasuk pemprosesan, penggunaan dan pendedahannya.

2. Pendedahan

Untuk memenuhi tujuan di atas dan menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami boleh memproses, menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada kumpulan pihak ketiga yang berikut:
  • syarikat di dalam Berjaya Group.
  • pihak berkuasa penyelia dan agensi penguatkuasaan.
  • mana-mana mahkamah undang-undang atau mana-mana pihak berkaitan yang berkenaan dengan sebarang tuntutan atau prosiding undang-undang.
  • kontraktor, penyedia perkhidmatan, perunding dan penasihat kami atas dasar apabila perlu.
  • mana-mana penerima serah hak sebenar atau bakal penerimanya, penerima pindahan atau pembeli mana-mana perniagaan Berjaya Group.

3. Pemindahan Maklumat Peribadi Di Luar Malaysia

Maklumat Peribadi anda boleh dipindahkan ke negara di luar Malaysia. Anda dengan ini bersetuju agar kami memindahkan Maklumat Peribadi anda di luar Malaysia, termasuk kelas pihak ketiga yang dinyatakan di atas.

4. Pautan Ke Laman Web Lain

Pautan ke laman web anak syarikat kami dan pihak ketiga lain disediakan untuk kemudahan dan rujukan anda. Kami menasihati anda agar membaca dasar privasi laman web pautan berkenaan kerana setiap laman mungkin mempunyai dasar masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman web pautan ini.

5. Mengakses Atau Mengemaskinikan Maklumat Peribadi Anda

5.1 Anda bertanggungjawab menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap tentang diri anda dan orang lain yang mana maklumat peribadi berkenaan anda berikan kepada kami (contohnya, suami/isteri anda, anak, sanak-saudara atau pihak ketiga). Justeru, apabila maklumat tersebut menjadi tidak tepat atau tidak kemas kini, anda hendaklah membetulkan atau mengemaskinikan maklumat tersebut dengan menghubungi kami atau mengemukakan maklumat baru.

5.2 Dengan menulis kepada kami di alamat yang dinyatakan dalam Bahagian 7 di bawah, anda boleh:
  • meminta satu salinan Maklumat Peribadi anda yang berada dalam pegangan kami.
  • meminta untuk membetulkan atau mengemaskini Maklumat Peribadi anda.

Sila berikan bukti identiti, alamat dan maklumat secukupnya untuk membolehkan kami mengenal pasti anda apabila mengemukakan permintaan anda kepada kami.

5.3 Selepas menerima permintaan bertulis anda, kami boleh:
  • mematuhi atau menolak permintaan untuk mengakses atau membetulkan Maklumat Peribadi anda. Jika kami menolak, kami akan memaklumkan anda sebab bagi penolakan sedemikian.
  • Mengenakan yuran bagi memproses permintaan untuk akses atau pembetulan.

6. Mengehadkan Pemprosesan Maklumat Peribadi Anda

Jika anda:
  • tidak mahu menerima tawaran, promosi dan bahan dan maklumat pemasaran mengenai produk dan perkhidmatan lain daripada kami atau rakan niaga kami.
  • mengehendaki kami menamatkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan khusus atau dengan cara terkhusus.

Sila hubungi kami secara bertulis di alamat yang dinyatakan dalam Bahagian 7 di bawah. Sekiranya tiada pemberitahuan bertulis sedemikian daripada anda, kami menganggap bahawa anda bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penyebaran Maklumat Peribadi dengan cara, setakat mana dan menurut skop Dasar Privasi ini. Jika anda tidak bersetuju dengan pemprosesan Maklumat Peribadi seperti di atas, kami mungkin tidak dapat menyediakan Produk dan Perkhidmatan yang anda minta.

7. Cara Menghubungi Kami

Tulis surat kepada kami di:

Bahagian Komunikasi Korporat
Berjaya Corporation Berhad
Tingkat 12 (West Wing), Berjaya Times Square,
No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
E-mel: lydia@berjaya.com.my
Faks: 03 - 2144 0935

PERHATIAN: Sekiranya wujud ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.