a commitment to excellence

   
 
    
    

Utusan

Berjaya Corporation Bhd. (Berjaya) telah mendapat konsesi untuk memajukan projek tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bernilai RMB246.21 juta (RM111.24 juta di wilayah SanShui, China.

Di bawah perjanjian yang dimeterai Berjaya dengan Biro Pembinaan Wilayah Sanshui, (CBSD), syarikat Malaysia itu perlu membina, menjalankan operasi dan mengekalkan tapak itu bagi tempoh 28 tahun sebelum memindahkannya kepada CBSD tanpa kos.

Berjaya bertanggungjawab terhadap kos dan pembiayaan projek berkenaan manakala CBSD akan membantunya sebagai perantara kepada pihak berkuasa di China untuk mendapatkan lesen-lesen.

''Berjaya juga layak untuk mengutip yuran daripada CBSD dengan yuran permulaan sebanyak RMB123.50 (RM58.73) setan metrik tetapi Berjaya berhak untuk menyemak semula yuran tahunan berdasarkan tarif bekalan elektrik dan indeks harga pengguna,'' demikian menurut Berjaya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hasil keseluruhan dijangka diperoleh sebanyak RMB894.68 juta (RM426.04 juta) sewaktu tempoh konsesi.





home | our logo | corporate profile | board of directors & other information
by business sectors | by listed companies | group addresses
financial summary | financial highlights | annual reports
corporate announcements | press releases | community
employment | feedback | sitemap

Copyright © 2002 Berjaya Corporation Berhad (554790-X)
Last Updated: 10th July 2007